KUANTAN: Kegusaran seorang bapa akhirnya reda apabila anak lelakinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 26 September ini. Kegembiraan tersebut berlipat ganda apabila universiti berkenaan mengecualikan pembayaran yuran pendaftaran dan pengajian sepanjang tempoh belajar. Asri Mohamad Din, 56, berkata, peringkat awal, dia berasa gusar apabila anaknya tidak mendapat sebarang tawaran dari mana-mana universiti tempatan. Menurutnya, kelewatan tersebut menyebabkan mereka…