KUALA LUMPUR: Audit dalaman merupakan elemen penting dalam usaha membanteras ketirisan, penyelewengan dan rasuah, khususnya dalam memastikan tadbir urus yang baik dalam sektor awam dan swasta. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ruang seluas-luasnya diberikan kepada agensi-agensi berkaitan agar jentera kerajaan dapat diawasi dengan lebih dekat dan melibatkan kerjasama erat daripada Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti serta syarikat-syarikat swasta. Katanya, pelaksanaan audit dalaman yang menyeluruh dan berkesan adalah satu keperluan…