Aspek keselamatan fasiliti gas cecair di Bintulu terjamin

Aspek keselamatan fasiliti gas cecair di Bintulu terjamin

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua aspek fasiliti gas asli cecair di Bintulu, Sarawak diteliti secara menyeluruh  oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan ancaman di kawasan berkenaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi perkara itu pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan, perkara ini dalam pemantauan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa itu telah memastikan aspek keselamatan di premis berkenaan terjamin.

“Pihak MKN pula sedang menilai aspek-aspek secara keseluruhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) atau gas asli cecair di Bintulu, Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, kakitangan Petronas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang didakwa menggunakan nombor telefon dari Indonesia bagi mengancam fasiliti itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN