KUALA LUMPUR: ASEAN digesa tampil lebih aktif dan berfungsi dalam menangani cabaran semasa yang semakin mencabar, sekali gus memastikan organisasi itu kekal relevan dan dihormati di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN tidak boleh hanya dilihat sebagai simbolik forum, tetapi perlu membuktikan keberkesanan melalui tindakan kukuh yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan rakyat serantau. “ASEAN mesti berfungsi, bukan hanya wujud di atas kertas. Kita harus pastikan…







