PETALING JAYA: Kewujudan sistem amaran awal bencana terutama yang membabitkan banjir, kepala air dan tanah runtuh menjadi tanda tanya apabila rakyat terus menjadi mangsa dalam beberapa kejadian beberapa hari lalu. Bencana yang berlaku itu gagal dikesan oleh sistem amaran awal yang diuar-uarkan telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas. Sistem tersebut yang dikatakan dilengkapi dengan sensor pergerakan, tolok hujan, kamera litar tertutup dan juga siren…

								
											








