Anwar ucap tahniah Anutin dilantik PM Thailand

Anwar ucap tahniah Anutin dilantik PM Thailand

ANWAR Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah menghubungi Anutin lewat petang semalam bagi menyampaikan ucapan itu, selain menzahirkan kegembiraan kerana Anutin merupakan sahabat lama yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Anwar menzahirkan kegembiraan kerana Anutin merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama susah dan senang.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting.

“Äntara yang akan dibincangkan termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Anwar berkata, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatan akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

“Perdana Menteri Anutin menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN