Langkawi masih destinasi fotografi pelancongan

Langkawi masih destinasi fotografi pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merakam landskap, manusia dan budaya adalah sebahagian daripada fotografi pelancongan. Ia memerlukan persediaan, fleksibiliti dan perhatian untuk bercerita di luar sekadar pemandangan.

Untuk memperoleh imej yang cantik, selidik destinasi dahulu, fokus pada butiran supaya gambar berjaya disampaikan kepada orang ramai.

Malaysia menawarkan banyak tempat menarik untuk dijadikan subjek fotografi pelancongan antaranya di Pulau Langkawi.

Pada 2007, pulau ini diiktiraf sebagai geopark global Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan ini diberikan kerana kepelbagaian geologi, ekologi dan warisan budayanya.

Terdapat beberapa Taman Geoforest yang sering kunjungi di pulau ini seperti Kilim Karst, Machinchang Cambrian dan Marmar Dayang Bunting.

Pulau Langkawi juga terkenal dengan keindahan pantainya seperti Cenang, Tanjung Rhu, Pasir Hitam, Kok dan Pantai Tengah.

Geoforest dan pantai-pantai ini sudah cukup untuk anda bawa pulang dengan pelbagai sudut fotografi pelancongan.

Di sini saya kongsikan beberapa tips fotografi pelancongan:

Fokus pada cahaya: Gunakan cahaya awal pagi dan lewat petang, yang dikenali sebagai waktu emas, untuk mencipta imej yang lebih dinamik dan menarik.

Hubungan budaya: Mendokumentasikan orang, adat resam dan sejarah memberikan kedalaman kepada fotografi anda.

Bercerita: Fikirkan tentang keseluruhan cerita yang mahu diceritakan menerusi gambar.

Bersedia untuk segala kemungkinan: Fotografi perjalanan memang mencabar kerana keadaan persekitarannya dan cuaca yang tidak menentu.

Selamat mencuba!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN