KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima Anugerah Kepemimpinan Kewangan Islam Global 2025 (GIFA) sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinannya dalam memperkukuh institusi kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penganugerahan itu bukan sahaja penghormatan kepada dirinya tetapi juga mencerminkan kejayaan Malaysia yang telah lama menjadi peneraju kewangan Islam. Katanya, pengiktirafan tersebut adalah hasil komitmen pelbagai pihak termasuk penggiat industri, akademik dan aktivis yang sejak awal…