Anak saya bukan begitu - Eira Syazira nafi anak membuli - Utusan Malaysia

Anak saya bukan begitu – Eira Syazira nafi anak membuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi, Eira Syazira, 41, enggan ambil pusing terhadap tuduhan tidak berasas yang mengaitkan anaknya, Amarra Sofea Rose Azad Jasmin John Louis dengan gejala buli di sekolah baru-baru ini.

Jelas Eira, dia dan suami, Azad Jasmin tahu yang anak sulungnya itu bukan seorang pembuli justeru
mereka mengabaikan sahaja apabila nama Amara diperkatakan di media sosial susulan isu berkenaan.

“Bila tuduhan itu dikaitkan dengan Amara, saya tak baca atau membalasnya sebab saya dan suami tahu Amara bukan seperti itu.

“Malah apabila saya tanyakan perkara ini kepada Amara, dia sendiri memaklumkan yang tidak akan sesekali tergamak menghina rupa fizikal orang.

“Jadi saya abaikan sahajalah setiap pertanyaan mengenai perkara ini,” katanya.

Eira berkata demikian pelancaran single duet terbaharunya bersama penyanyi negara seberang, Nabila Maharani berjudul Bawang Merah Bawang Putih.

Amara baru-baru ini menjadi sorotan di media sosial apabila dikaitkan dengan tindakan mempersendakan warna kulit salah seorang rakan sekolahnya.

Eira, yang mengulas lanjut mengenai perkara tersebut tegas menafikan pembabitan Amara dalam isu berkenaan.

“Sukar untuk saya percaya yang anak saya antara lain tergamak merancang pukul remaja tersebut sebab dia bukan begitu budaknya.

“Jadi saya dan suami cuma senyum dan abaikan sahaja apabila orang bercakap mengenai hal ini di media sosial,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN