ALOR GAJAH: Lebih 150,000 tayar terpakai yang berpotensi menjadi pencemar alam sekitar berjaya ‘diselamatkan’ pemuda di Kampung Pulau, Durian Tunggal di sini dengan mengubahnya menjadi pelbagai produk kreatif sejak lima tahun lalu. Pemilik Deko Tayar Melaka, Muhammad Akhmal Adib, 33, menghasilkan 32 bentuk unik daripada tayar terpakai untuk menghasilkan pasu bunga, kerusi, meja dan motosikal yang dijual pada harga antara RM20 hingga RM270 seunit. “Idea bermula bila saya menghasilkan pasu…