Alhamdulillah, maaf dan lupakan – Nur Syazwani - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, maaf dan lupakan – Nur Syazwani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas melalui fasa sukar, rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilihat kembali pulih apabila dia berkongsi momen mesra bersama isteri tercinta, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka, Khalish Aryan di Instagram.

Menerusi hantaran di InstaStory, Faisal memuat naik foto memeluk erat isteri dan anaknya dengan latar lagu romantis Sayang Sampai Mati nyanyian kumpulan Repvblik, sambil menulis kepsyen ringkas, “Alhamdulillah.”

Lebih menguatkan lagi khabar gembira itu, Nur Syazwani turut memuat naik semula gambar sama dengan coretan penuh rasa syukur.

“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

“Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.

Terdahulu, Nur Syazwani difahamkan pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Peguamnya, Roshdan Sujak Rafie turut mengesahkan perkara itu dengan menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN