KUALA TERENGGANU: Aktiviti matahari seperti letupan suria dan lontaran jisim korona (CME) berpotensi menjadi pencetus tambahan kepada siri gempa bumi lemah yang berulang kali melanda Segamat, Johor baru-baru ini. Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Sharifah Nurul Aisyah Syed Zafar berkata, walaupun punca utama gempa bumi adalah pergerakan plat tektonik, gangguan suria tidak boleh dipandang ringan. SHARIFAH NURUL AISYAH SYED ZAFAR…