KUALA PILAH: Komuniti di peringkat kampung dan luar bandar perlu memanfaatkan tanah terbiar di kawasan mereka bagi meningkatkan sektor pertanian sekali gus membantu jaminan makanan negara. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, pihaknya juga giat melaksanakan pelbagai program termasuklah penyatuan komuniti bagi membangunkan tanah terbiar. Katanya, antara projek perintis yang dilaksanakan adalah penanaman jagung bijian di Juasseh, Kuala Pilah. “Jadi, konsep kami adalah menyatupadukan…