Ahmad Zahid berhubung dengan 34 rakyat Malaysia sertai konvoi flotilla esok

Ahmad Zahid berhubung dengan 34 rakyat Malaysia sertai konvoi flotilla esok

Etnik sub etnik
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan berhubung dengan rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, esok menerusi panggilan video.

“Esok saya akan bercakap dengan 34 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal flotilla itu,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ikondesa@Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, hari ini, beliau juga telah berpeluang melakukan panggilan video bersama Musa Al-Nuwayri, salah seorang rakyat Malaysia yang turut serta dalam misi berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan, konvoi itu kini berada kira-kira 750 batu nautika dari Gaza, Palestin.

“Saya juga dimaklumkan, mereka (konvoi) telah diserang dengan dron. Malah, mereka memaklumkan telah bersedia dengan situasi itu.

“Kita berharap mereka cekal untuk menghadapi apa juga ancaman daripada pihak Israel. Tapi niat yang baik pada hemat saya, ianya akan menghasilkan sesuatu yang baik,” katanya.

Sekretariat Sumud Nusantara disertai 34 rakyat Malaysia diterajui Cinta Gaza Malaysia (CGM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Salam Malaysia.

GSF melibatkan lebih 50 buah kapal dari 44 negara, dengan ribuan peserta menyertai konvoi kemanusiaan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN