Penduduk baling batu, polis arah bersurai dalam operasi pengosongan Kampung Sungai Baru

Penduduk baling batu, polis arah bersurai dalam operasi pengosongan Kampung Sungai Baru

PASUKAN polis mengawal keadaan di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur susulan operasi pengusiran baki penduduk hari ini. - UTUSAN/SYAKIR NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana tegang menyelubungi kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini apabila baki penduduk berdepan tindakan pengusiran selepas enggan berpindah dari kediaman mereka.

Keadaan bertambah kecoh selepas seorang penduduk dikatakan membaling batu ke arah polis dan melakukan provokasi.

Susulan daripada itu, polis mengetatkan sekatan di laluan masuk. Namun, beberapa penduduk masih berkeras dengan tidak berganjak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 100 penduduk berhimpun bagi membantah operasi berkenaan.

Polis telah mengeluarkan arahan bersurai kepada penduduk kampung dan operasi pengusiran tetap diteruskan dengan kawalan ketat pihak berkuasa.

Ini merupakan kali kedua operasi pengusiran dilaksanakan selepas cubaan pertama pada 16 Julai lalu bagi mengeluarkan 14 keluarga gagal.

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru mendapat tentangan sebahagian penduduk, walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN