KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan wang lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta. Kesemua pertuduhan membabitkan cadangan projek Pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II) oleh pihak Maju Holdings Sdn Bhd. Pengarah Maju Holdings Sdn.…