Abang Fattah, tolong jaga kakak saya baik-baik - Irfan Haris

Abang Fattah, tolong jaga kakak saya baik-baik – Irfan Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Irfan Haris, mengakui kehidupannya akan menjadi sedikit janggal apabila kakak kesayangannya, Amira Othman sudah bergelar isteri kepada selebriti, Fattah Amin.

Irfan atau Irfan Haris Othman, 23, bagaimanapun tumpang bahagia dengan fasa baharu hidup yang dilalui Amira selain berjanji akan terus memberikan sokongan dalam masa bahagia atau sukar.

“Janggal hidup saya sekarang. Kak Ya (panggilan buat Amira Othman) sudah ada tanggungjawab yang lebih besar. Tapi apa yang buat akak bahagia, saya akan terus ada untuk akak. Itu janji saya.

“Apa yang kita lalui, apa yang orang cakap tentang kita, saya tahu akak pun akan ada untuk saya,” katanya.

Irfan berkata demikian ketika menjadi tetamu undangan dalam program audio siar ‘Bukak Mulut’ yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, penyanyi Pesan itu juga mendedahkan Amira adalah seorang wanita yang baik dan boleh menjadi isteri solehah kepada Fattah Amin.

“Sekarang ini, akak sudah berkahwin dan kena taat pada suami. Perkara itu penting. Tapi saya yakin, Kak Ya akan jadi isteri yang baik untuk Abang Fattah.

“Abang Fattah, tolong jaga kakak saya baik-baik sebab dia memang orang baik. Kakak saya juga layak dapat abang, sebab abang pun orang baik,” ujar Irfan.

Mengakhiri ucapannya, Irfan menegaskan bahawa walaupun ada rasa sebak, dia lebih memilih untuk merasa gembira demi kebahagiaan kakaknya.

“Saya tak mahu sedih sangat sebab saya tahu kita masih boleh jumpa. Saya gembira untuk akak dan Abang Fattah,” katanya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pukul 9.07 malam pada Ahad di sebuah hotel di Sepang dengan sekali lafaz.

Fattah turut mendedahkan memanggil Amira dengan gelaran ‘isteri syurga’ sebagai nama timangan buat isterinya itu –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN