A. Aida dibenarkan pindah ke wad biasa

A. Aida dibenarkan pindah ke wad biasa

a aida
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida yang dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak minggu lepas, dibenarkan pindah ke wad biasa.

Perkembangan tersebut dikongsikan anaknya, Azeva Natassha, 24, menerusi Instagram baru-baru ini.

“Alhamdulillah, mama akhirnya sudah dibenarkan masuk ke wad biasa.

“Terima kasih atas segala sokongan dan doa daripada semua,” tulisnya di instastory.

Terdahulu, A. Aida yang baru menjalani pembedahan lutut pada selasa lepas, terpaksa dimasukkan ke ICU dan ditidurkan selepas rebah ketika menjalani sesi fisioterapi sekitar minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Zaidah Awang itu bagaimanapun mula sedarkan diri sekitar petang semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN