ISKANDAR PUTERI: Sebanyak lapan resolusi penting akan diteliti untuk dilaksanakan bagi memperkukuh peranan agensi agama dalam tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, resolusi itu disyorkan menerusi Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 yang diadakan baru-baru ini. Katanya, ianya merangkumi usaha memperkukuh tadbir urus termasuk mengoptimumkan fungsi Jabatan Kemajuan Islam sebagai badan peneraju industri…










