KUANTAN: Ketika negara meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68, seramai 41 lelaki ditahan selepas terlibat dalam permainan perang menggunakan senjata api tiruan jenis Air Soft Gun di Padang Hangus, Gebeng, di sini Ahad lalu. Mereka diberkas dalam Op Laras dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan kerjasama unit khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan. Ketua Polis Daerah Kuantan,…










