PETALING JAYA: Seramai 27,674 pelajar ditawarkan kemudahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini dengan jumlah peruntukan RM41.5 juta. Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, kemudahan itu ditawarkan kepada pelajar warga Malaysia yang bersetuju menerima bantuan ketika membuat permohonan kemasukan ke IPT awam (IPTA) melalui UPUOnline atau portal kemasukan universiti awam (UA). Katanya, syarat…