14 peserta Malaysia sertai pelayaran Global Sumud Flotilla ke Gaza

14 peserta Malaysia sertai pelayaran Global Sumud Flotilla ke Gaza

flotilla
Antara peserta dari Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla di bawah Sumud Nusantara yang telah berlepas dari pelabuhan di Tunisia baru-baru ini. - Foto dari FB Sumud Nusantara Offcial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 14 peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia selamat berlepas dari Pelabuhan Augusta, Sicily, Itali semalam selepas menunggu hampir dua minggu untuk meneruskan pelayaran kemanusiaan ke Gaza.

Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia (MCM), Ahmad Safuan Ajar berkata, semua peserta berada dalam keadaan baik dan telah menaiki bot masing-masing bersama lebih 70 kapal lain dari Sepanyol, Tunisia dan Itali.

“Alhamdulillah, kesemua peserta GSF selamat berada di dalam bot dan sihat. Kami berpecah kepada beberapa bot, tidak semua berada dalam satu bot. Setakat ini perjalanan berjalan dengan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Safuan berkata, penyertaan pelbagai negara dalam misi tersebut telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Buktinya dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), majoriti negara anggota menzahirkan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin.

“Sebanyak 142 negara mengundi menyokong, 10 menentang, 12 berkecuali manakala 29 negara tidak hadir,” katanya.

Ahmad Safuan turut menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan moral kepada misi kemanusiaan itu dengan menyebarkan maklumat mengenai GSF serta tidak berhenti berdoa untuk keselamatan mereka.

“Perjalanan ke arah membebaskan Palestin masih panjang, begitu juga pelayaran bot-bot GSF menuju ke perairan Gaza.

“Teruskan mendoakan keselamatan misi kali ini dan bercakap mengenainya agar isu Palestin sentiasa segar dalam masyarakat,” katanya.

Misi berkenaan adalah sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan penyertaan sukarelawan dari 44 negara yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Konvoi itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; penyanyi, Zizi Kirana serta pelakon, Ardell Aryana. – UTUSANhttp://utusan.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN