KUALA LUMPUR: Kira-kira 120 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menggesa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengakui SD itu dibuat dengan mengambil kira kebimbangan survival parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Katanya, semua tandatangan telah dihantar kepada Muhyiddin pada minggu…