PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempertimbangkan yuran persekolahan di sekolah swasta berdaftar dimasukkan dalam kategori pelepasan cukai pendapatan individu bagi meringankan beban ibu bapa. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr. Omar Yaakob berkata, cabaran utama ibu bapa yang memilih sekolah swasta ialah kos pendidikan tinggi kerana yuran ditanggung sepenuhnya tanpa sebarang insentif. Menurutnya, sumbangan ibu bapa berkenaan wajar diiktiraf kerana mereka secara tidak langsung membantu kerajaan menjimatkan kos pembinaan serta…