KUALA LUMPUR: Penganjuran Persidangan Tahunan dan Antarabangsa World Zakat and Waqf Forum (WZWF) kali ke-14 yang akan berlansung dari 13 hingga 15 Oktober depan di Hikmah Exchange Event Centre, Sarawak memperkukuh kedudukan Malaysia dalam dunia wakaf dan zakat. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Dr. Ridzwan Bakar berkata, penganjuran forum itu mencerminkan komitmen konsisten Malaysia dalam memperkukuh syiar Islam dan membina masa depan komuniti global. “Malaysia telah membuktikan pencapaian…