BESUT: Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan cara tersendiri melalui program Santai Merdeka: Fun Run & Fun Ride, di sini hari ini yang menyaksikan penuntut dan kakitangannya memperagakan pakaian tradisional untuk larian santai sejauh lima kilometer. Pengarah IKM Besut, Ir. Ts. Abdul Athar Ibrahim berkata, program patriotik itu menghimpunkan 548 pelajar dan 103 kakitangan dengan pendekatan baharu berkonsepkan pakaian tradisional Melayu sebagai manifestasi semangat patriotik yang…