Wanita maut dipercayai bakar diri - Utusan Malaysia

Wanita maut dipercayai bakar diri

SEORANG wanita maut selepas dipercayai membakar diri berhampiran sebuah pusat membeli belah di Klebang di Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang wanita melecur 80 peratus selepas dipercayai membakar diri berhampiran sebuah pusat beli belah di Klebang di sini semalam.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah yang dialaminya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 11.26 malam.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi kecemasan.

“Mangsa dipercayai membakar diri menggunakan minyak tanah dan melecur kira-kira 80 peratus di seluruh badan. Anggota kemudiannya menjalankan operasi dengan memadam sisa-sisa kebakaran.

“Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pasukan perubatan. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, operasi yang disertai enam anggota BBP Ipoh itu tamat pada pukul 12.23 tengah malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN