KAJANG: Seorang wanita warga China yang mengamuk dan menyerang beberapa individu menggunakan pisau di bandar Kajang 13 Ogos lalu diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Normastura Ayub dan Majistret Fatin Dayana Jalil mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tertuduh, Liu Ting, 24, menjalani pemeriksaan sebelum prosiding selanjutnya diteruskan. Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 19 September ini bagi…