JOHOR BAHRU: Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM14,910 lesap apabila kad debit miliknya digunakan individu tidak dikenali sejak Jun lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 59, berkata, dia telah membuat beberapa laporan polis berhubung perkara itu, selain turut mengadu kepada bank terlibat, namun tiada tindakan diambil. Katanya, kejadian bermula pada 14 Jun lalu apabila dia menerima tiga pemberitahuan daripada bank memaklumkan berlaku transaksi melibatkan kad…










