Visa MEV untuk pekerja Bangladesh mula berkuat kuasa hari ini, elak risiko salah guna pas

Visa MEV untuk pekerja Bangladesh mula berkuat kuasa hari ini, elak risiko salah guna pas

Kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) mula diberikan kepada pekerja asing warganegara Bangladesh berkuat kuasa hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) mula diberikan kepada pekerja asing warganegara Bangladesh berkuat kuasa hari ini dalam usaha memperkukuhkan pengurusan keluar masuk pekerja asing yang sah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, kemudahan visa itu akan dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan pas imigresen menerusi sistem pemantauan yang lebih sistematik.

Katanya, di bawah kemudahan ini, pekerja asing warganegara itu yang mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan Single Entry Visa (SEV) pada tahun semasa tidak perlu membuat permohonan MEV secara berasingan.

Katanya, kemudahan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pemegang PLKS yang masih sah.

“MEV akan diberikan semasa proses lanjutan tempoh PLKS pada tahun berikutnya.

“Kemudahan ini juga dijangka dapat mengurangkan kesesakan permohonan visa baharu di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara,” katanya hari ini.

Jelas KDN, visa MEV ini juga mencerminkan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Bangladesh, khususnya dalam aspek kerjasama buruh yang beretika dan berperaturan.

“Ia juga memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk mempertingkatkan kemudahan dan perlindungan hak pekerja asing yang sah, selaras dengan undang-undang perburuhan dan amalan antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN