PETALING JAYA: Pemuda Pas membantah pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di Dewan Rakyat yang disifatkan bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri berkata, malah RUU berkenaan turut bercanggah dengan Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata dan Akta Pengambilan Tanah. “Sebagai contoh, tafsiran mengenai Pihak Berkuasa Negeri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan…