KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menubuhkan Hab Pendidkan Google menerusi pelancaran program Google EduX Hub@UniSZA. Hab pendidikan digital itu dibangunkan hasil kerjasama strategik bersama Google Education Malaysia bagi memperkasa kemahiran digital abad ke-21 dalam kalangan warga kampus, sejajar aspirasi menjadikan UniSZA peneraju pendidikan digital di Pantai Timur. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, inisiatif…