KUALA LUMPUR: UMNO disifatkan rakan strategik paling sesuai bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan hari ini. Veteran PKR, Hassan Abdul Karim berkata, selain daripada orang Melayu boleh berasa selamat dalam keadaan UMNO kini berada dalam barisan kerajaan, katanya, parti itu juga boleh kekal relevan jika terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). “Dengan adanya UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, maka rakyat bumiputera Melayu dan Islam rasa selamat. Begitu juga dengan adanya DAP dalam…