Saya maafkan semuanya - Zehra Zambri - Utusan Malaysia

Saya maafkan semuanya – Zehra Zambri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Sah bercerai talak satu, penyanyi, Zehra Zambri memilih untuk memulakan hidup baharu tanpa perlu lagi membuka cerita mengenai konflik yang berlaku dalam perkahwinannya.

Kata Zehra, fokus utamanya sekarang ini adalah untuk meneruskan hidup dan membesarkan cahaya mata, Zahiyah Aqeela yang berusia tiga tahun.

“Saya mahu tutup buku lama, tak perlu lagi saya canang kezaliman dia (bekas suami).

“Saya mahu buang jauh perkara lepas. Saya maafkan semuanya. Biarlah rasa sakit itu saya sahaja simpan.

“Pergaduhan kami pun terlalu lama berlarutan. Insya-Allah saya kuat hadapi perceraian ini,” katanya.

Perkahwinan tiga tahun Zehra dan Iqwan ternoktah apabila keduanya sah bercerai talak satu pagi tadi.

Iqwan, 42, melafazkan cerai di hadapan Hakim Wan Nurulddin Wan Hussain di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, di sini.

Zehra dalam masa sama memaklumkan dia sedia bermula dari awal, mencari peluang pekerjaan baharu untuk keselesaan hidup anaknya.

“Banyak perancangan saya selepas ini. saya cadang untuk aktif semula menyanyi.

“Tapi saya kena bersungguh – sungguh cari pendapatan, tidak boleh bergantung kepada kerja nyanyian semata-mata.

“Dan kalau boleh saya juga nak cari peluang pekerjaan lain, mungkin jadi pensyarah atau pegawai kebudayaan.

“Rugi saya miliki ijazah sarjana tapi tak gunakannya untuk cari pekerjaan,” kongsinya.

Zehra sekitar Mac lepas memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan dengan lima tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Antara tuntutan tersebut adalah dakwaan bersangkutan nafkah anak, tiada persefahaman dengan pasangan dan berlaku keganasan rumah tangga.

Bekas pasangan suami isteri itu berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN