KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menyeru rakyat agar mengutamakan tanggungjawab moral dan sosial dalam memastikan setiap maklumat yang dikongsi, khususnya di media sosial, adalah tepat dan sahih. Dalam Perutusan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap trend penularan fitnah dan kebencian yang semakin berleluasa sehingga mampu menimbulkan keresahan dalam masyarakat. “Amat membimbangkan apabila kebencian seperti ini semakin banyak tersebar di media sosial, di…