Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Laos

Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Laos

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam bencana banjir besar yang melanda Laos susulan hujan lebat akibat Monsun Barat Daya dan Taufan Wipha yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane sedang memantau secara rapat situasi semasa bencana itu yang kini menjejaskan lebih 58,000 penduduk daripada 34,000 keluarga di 10 wilayah.

Setakat ini, sembilan kematian dan empat mangsa dilaporkan masih hilang, menurut Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre).

“Tiada laporan diterima mengenai rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas dalam bencana banjir ini.

“Namun, rakyat Malaysia yang berada di Laos atau dalam perjalanan ke negara itu dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sehubungan itu, warga Malaysia juga digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane serta berhubung secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini dan bantuan konsular sekiranya diperlukan.

Kementerian turut menegaskan bahawa usaha pemantauan akan diteruskan secara teliti demi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di negara berkenaan.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Nongbone Road, Ban Phonexay, Vientiane menerusi talian +856 21 414205 / +856 21 414201 atau talian kecemasan +856 20 5553 1801. — UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN