Tiada kemalangan jiwa kebakaran Pantai Dalam

Tiada kemalangan jiwa kebakaran Pantai Dalam

IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 14 rumah setinggan dan empat kedai di Jalan Pantai Dalam di sini terbakar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, seramai 36 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta bantuan BBP Hang Tuah, BBP Seputeh dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 7.4 kilometer.

Menurutnya, lima minit kemudian, anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempatan kejadian mendapati kebakaran rumah setinggan dan merebak ke empat buah kedai termasuk sebuah kedai serbaneka.

“Kebakaran pada awalnya melibatkan rumah setinggan 100×80 kaki yang seterusnya merebak ke empat buah kedai termasuk Mydin Mart.

“Rumah setinggan yang terbakar 80 peratus, manakala empat buah kedai terbakar 80 peratus di bahagian atas dan 10 peratus di aras bawah,” katanya.

Kata kenyataan itu, laluan sempit dan padat menyukarkan kerja-kerja pemadaman serta tekanan air agak rendah di kawasan berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.49 pagi pagi tadi dan anggota Bomba dan Penyelamat masih melakukan kerja-kerja ‘overhaul,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN