PETALING JAYA: Polis mengesahkan kejadian seorang lelaki tempatan maut dipercayai tergelincir dan terjatuh dari tingkat 20 sebuah apartmen di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil dekat sini, semalam. Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, satu panggilan kecemasan diterima melalui MERS 999. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, mangsa berusia 25 tahun itu datang ke tingkat 20 apartmen berkenaan dipercayai untuk berjumpa teman wanitanya kira-kira pukul 3.30 pagi. …










