SHAH ALAM: Tahap kesuburan golongan wanita di Selangor berada pada kadar membimbangkan apabila hanya mencatatkan purata melahirkan 1.5 anak ketika ini. Jumlah itu lebih rendah daripada paras penggantian generasi nasional iaitu 2.1 anak. Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata, statistik menunjukkan penurunan kelahiran anak sebanyak 7.2 peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya. Kata beliau, faktor penyusutan itu antaranya berpunca trend perkahwinan lewat dalam kalangan generasi muda…