Syarikat pelaburan didenda RM3j, pengarah dipenjara

Syarikat pelaburan didenda RM3j, pengarah dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pelaburan, Pixelvest Sdn. Bhd. (Pixelvest) didenda RM3 juta manakala bekas pengarahnya dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan berkaitan aktiviti pasaran modal tidak berlesen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini, keputusan itu dibuat oleh Hakim Siti Shakirah Mohtarudin pada 31 Julai lalu.

Pixelvest yang diwakili bekas pengarahnya, Dexter Ang Jen Chuen mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kerana menjalankan perniagaan dalam pengurusan dana tanpa lesen.

Jen Chuan yang turut didakwa atas kapasitinya sebagai pengarah turut mengaku bersalah atas tuduhan serupa.

Kesemua kesalahan yang dilakukan oleh Pixelvest dan Jen Chuan dilakukan di Kuala Lumpur dan Selangor di antara Disember 2020 dan Januari 2023.

Pada 28 Julai lalu, Jen Chuan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen berlainan atas lapan pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Norma Ismail selepas merekodkan pengakuan tertuduh menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kesemua lapan pertuduhan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 10 Januari 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN