KUALA LUMPUR: Polis merampas dadah jenis syabu dan ketamin bernilai RM18 juta selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah teres di Taman Sri Hartamas di sini pada 29 Julai lalu. Penahanan lelaki berusia 30 tahun itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di kediaman tersebut pada pukul 2.10 petang. Hasil penahanan itu, sebanyak 225 bungkusan plastik mengandungi dadah disyaki syabu seberat 234 kilogram (kg) ditemukan selain 200 bungkusan…