SEREMBAN: Gara-gara memukul isteri yang mendoakannya untuk mendapat pekerjaan, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Mahkamah memerintahkan tertuduh, Mohd. Khairol Mohd. Abu, 40, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas isterinya di sebuah rumah di Kampung Katub, Lenggeng, Nilai di sini…