KUALA TERENGGANU : Kerajaan Negeri Terengganu bersama tiga lagi negeri gabungan SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4) iaitu Kelantan, Kedah dan Perlis menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar 2025 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 27 Ogos ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan-kerajaan negeri terbabit menyifatkan RUU tersebut sebagai mencabar kuasa autonomi negeri, khususnya dalam hal berkaitan perancangan bandar dan pengurusan tanah yang sememangnya…