SEGAMAT: Satu lagi gegaran gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud direkodkan pada pukul 8.59 pagi semalam di daerah ini, menjadikan ia kejadian ketiga sejak Ahad lalu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran berpusat kira-kira 18 kilometer (km) selatan Segamat pada kedalaman 10 km. “Gegaran dirasai di beberapa kawasan Johor dan selatan Pahang. MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ini,” katanya. Pada Ahad lalu, daerah ini digegarkan gempa bumi berukuran…