Sebanyak RM1.22 bilion kerugian direkod akibat jenayah siber pada 2024

Sebanyak RM1.22 bilion kerugian direkod akibat jenayah siber pada 2024

KETUA Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail (tengah) mendengar penerangan daripada salah seorang pempamer dalam Siri Dialog Khas III PDRM di Pusat Konvesyen Sime Darby hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.22 bilion kerugian direkodkan akibat aktiviti jenayah siber bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, antara jenayah yang dikesan melibatkan penipuan kewangan, penipuan dalam talian, manipulasi identiti serta pencerobohan data secara haram. 

Menurutnya, CyberSecurity Malaysia melaporkan lebih 5,900 insiden berlaku pada 2023 termasuk 3,705 kes penipuan. 

“Terdapat peningkatan yang mengejutkan sebanyak 1,100 peratus dalam laporan kebocoran data berbanding tahun sebelumnya. 

“Angka-angka ini menonjolkan kesan sebenar, gangguan ekonomi, dan kehilangan kepercayaan terhadap ekosistem digital,” katanya ketika berucap pada Siri Dialog Khas III PDRM yang dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Mohd. Khalid berkata, PDRM perlu menyesuaikan diri untuk menangani cabaran itu secara langsung. 

Katanya, PDRM akan melaksanakan kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran dan pengurusan serta penugasan bagi meningkatkan keupayaan menangani jenayah siber. 

“Dengan pelaksanaan AI, saya percaya banyak masalah dapat diatasi dan juga mengurangkan kebergantungan kepada modal insan itu sendiri.

“Kita akan mengeksplorasi dan cuba sedaya upaya untuk menerapkan AI dalam pasukan supaya PDRM lebih maju selari dengan perubahan zaman terutamanya dari sudut teknologi,” katanya. 

Mengulas siri dialog PDRM, beliau berkata, ia berfungsi sebagai platform utama untuk bertukar pandangan operasi, merangka cadangan dasar dan menggalakkan kerjasama strategik. 

“Sesi ketiga ini memberi tumpuan kepada kerumitan dan kesegeraan jenayah siber yang semakin meningkat, menjadikannya topik yang sangat relevan dan kritikal dalam persekitaran hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN