SIK: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berharap kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjadi pengajaran kepada semua pihak. Katanya, beliau bersyukur kepada Allah yang telah menyerlahkan kebenaran walaupun terpaksa berlanjutan sehingga ke peringkat mahkamah. “Sebenarnya tak perlu pun ke mahkamah kalau masing-masing pakat-pakat jaga, bercakap atas landasan yang benar dan tidak mereka-reka cerita serta tidak bertujuan memberi reputasi yang buruk…