Saman cabar kelayakan Anwar sebagai PM, Ahli Parlimen tidak berasas - PKR

Saman cabar kelayakan Anwar sebagai PM, Ahli Parlimen tidak berasas – PKR

R. SIVARASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Tambun dan pelantikannya sebagai Perdana Menteri disifatkan tidak berasas.

Pengerusi Biro Undang-Undang Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa berkata, ini kerana pada 16 Mei 2018, Anwar telah menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang berpandangan sabitan terhadapnya merupakan suatu ketidakadilan.

Katanya, prinsip undang-undang jelas menetapkan pengampunan penuh dan bebas menghapuskan sabitan sepenuhnya seolah-olah ia tidak pernah berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Frasa ‘dan yang tidak menerima pengampunan penuh’ dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bermaksud sabitan lampau tidak menyebabkan hilang kelayakan jika pengampunan penuh diberikan.

“Oleh itu, isu keperluan pengecualian daripada Yang di-Pertuan Agong juga tidak timbul kerana Perkara 48(3) sudah jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, peguam P. Waythamoorthy memfailkan saman pemula dengan menamakan Anwar sebagai defendan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau tidak sepatutnya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun pada 19 November 2022 dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Saman itu dibuat berasaskan dakwaan bahawa dokumen pengampunan diraja tidak mengandungi pengecualian daripada tempoh hilang kelayakan lima tahun yang dikenakan terhadap individu disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara melebihi setahun.

Mengulas lanjut, Sivarasa turut mempersoalkan mengapa perkara itu tidak dibangkitkan oleh pihak lawan Anwar ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 di Tambun mahupun oleh pihak Istana semasa pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 25 November 2022.

“Persoalan juga timbul mengapa beliau mengambil masa dua tahun sembilan bulan untuk membangkitkan isu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini