SEPANG: Satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bakal diwujudkan bagi memudah cara operasi kawalan sempadan secara bersama (co-located) projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU tersebut dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Februari tahun hadapan. Kata beliau, RUU itu akan memastikan kelancaran operasi, selepas kedua-dua negara bersetuju bahawa Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura akan menjadi…