Rupanya hilang sebab masuk pusat pemulihan - Utusan Malaysia

Rupanya hilang sebab masuk pusat pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga tidak perasan langsung pada awalnya mengenai kekasih seorang pelakon wanita ini yang dikatakan telah lama ‘menghilang’ tetapi sekarang timbul semula.

Iyalah, kadangkala, orang yang tidak selalu kemaskini hantaran di media sosial ini, ada kemungkinan dia buat pilihan itu kerana mahu ‘detoks’ daripada negativiti dunia maya yang adakalanya menyesakkan minda.

Tidak salah pun kita fikir begitu kerana ada ramai sahaja pengguna media sosial yang tidak suka kemaskini status atau muat naik gambar, video atau apa sahaja perkongsian secara kerap. Bukan satu keperluan pun.

Tetapi, hendak dijadikan cerita, kekasih pelakon wanita ini bukanlah lama ‘menghilang’ di media sosial kerana faktor yang Cik Bunga katakan tadi.

Sebaliknya, ada sumber beritahu pada Cik Bunga, lelaki berkenaan dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan kerana terjebak dengan dadah.

Tidak pula Cik Bunga tahu dadah jenis apa, tetapi pokoknya, lelaki itu tidak kelihatan berkepit dengan pelakon wanita itu disebabkan inilah.

Sumber Cik Bunga kata, perkara ini bukan rekaan, memang ada rekod lelaki itu dengan pihak berkuasa.

Patutlah Cik Bunga tengok pelakon itu pun sudah lama tidak tunjuk wajah atau keluar bersama kekasihnya.

Hendak kata sorok kekasih pun tidak. Sebab, dia jenis tayang lelaki itu ke mana-mana walaupun dulu pernah tidak mengaku itu kekasihnya.

Balik-balik dijawabnya hanya kawan. Mahu menipu pun agak-agaklah.

Bukannya tiada kalangan terdekat dengannya yang bercerita mengenai hubungan mereka.

Sudah memang terbukti bercinta, hendak nafikan kenapa?

Apa pun, kononnya, kekasih pelakon itu baru sahaja keluar daripada pusat pemulihan tersebut.

Sebab itulah, kalau perasan, pelakon itu sudah kembali tayang kekasihnya termasuklah membawa lelaki berkenaan ke sebuah acara besar, baru-baru ini.

Jangan tanya Cik Bunga siapa pasangan ini.

Cik Bunga kunci mulut! Yang penting, harapnya si lelaki itu tidak terjebak lagilah dengan najis dadah.

Kalau tidak, macam mana hendak kahwin?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN