Rumah Warga Emas Taman Bukit Larang terima tajaan 24 katil

Rumah Warga Emas Taman Bukit Larang terima tajaan 24 katil

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menyampaikan katil baharu kepada salah seorang penghuni BAKTI, Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pertubuhan Kebajikan Rumah Warga Emas dan Komuniti Taman Bukit Larang Indah (BAKTI), Telok Mas di sini mendapat tajaan 24 buah katil disumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penasihat BAKTI, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, selain TNB, beberapa lagi syarikat turut menyumbang termasuk orang perseorangan antaranya almari dan meja bagi memberi kemudahan kepada 10 penghuni di situ.

Beliau berkata, sebelum ini Lembaga Perumahan Melaka (LPM) telah memperuntukkan RM100,000 bagi membina pagar baharu di sekeliling rumah tersebut.

“Saya menyeru kepada mereka yang berada di luar sana, sekiranya ingin menyumbang kerana kita masih lagi mencari penyumbang lapan peti sejuk untuk kegunaan lapan rumah di sini.

“Ini semua kita lakukan ingin memberi keselesaan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun yang boleh berdikari sendiri dalam menjalankan tugas seharian mereka, selain mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya pada majlis penyerahan 24 katil baharu, hari ini.

Akramuddin berkata, rumah yang diuruskan oleh penduduk setempat di bawah kelolaan JKM serta Pejabat Jawatankuasa Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas akan memastikan warga emas di situ dijaga dengan rapi dan sempurna.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun Bank Muamalat, 04010006122716. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN